JOM SOKONG DAN BELI PRODUK USAHAWAN ISLAM   

SELAMAT DATANG KE KeMUDA MALL - KLIK DI SINI -

__________________________________________________________________________________________________

 Selamat datang ke laman web KeMUDA. 

 

__________________________________________________________________________________________________

 PROGRAM JELAJAH SEMINAR BISNES 2018

14 OKTOBER 2017 - ROYEL GUEST HOUSE, KOTA BHARU KELANTAN

22 OKTOBER 2017 - HOTEL TABUNG HAJI, KOTA KINABALU SABAH

24 OKTOBER 2017 - SEMPORNA SABAH

28 OKTOBER 2017 - HOTEL LANDMARK, BATU PAHAT JOHOR

SILA RUJUK FB KeMUDA : KELAB MERDEKA MUDA

_________________________________________________________________________________________________

"NEVER GIVE UP. TODAY IS HARD, TOMORROW WILL BE WORSE,

BUT THE DAY AFTER TOMORROW WILL BESUNSHINE"

 

" BILA KITA MENGHADAPI MASALAH,

JANGAN MERINTIH DAN BUNTU DENGAN MASALAH TERSEBUT

SEBALIKNYA BERUNDUR SELANGKAH

BAGI MELIHAT PINTU KELUAR UNTUK DIMANFAATKAN 

DARI MASALAH TERSEBUT"

 

 

_______________________________________________________

 Kelab Merdeka Muda Malaysia (KeMUDA)

 

 

ORANG MELAYU PATUT TAHU!

 

WA'AD RAJA BERSAMA RAKYAT

UNSUR WAAD DALAM SULALATUS SALATIN SEJARAH MELAYU

WAAD, dalam konteks Sulalatus Salatin Sejarah Melayu,merupakan perjanjian yang termeterai antara Seri Teri Buana dengan Demang Lebar Daun sewaktu Seri Teri Buana hendak mengahwini anak Demang Lebar Daun yang bernama Raden Ratna Cendera Puri. Dalam waad tersebut, Seri Teri Buana mewakili golongan pemerintah (raja) manakala Demang Lebar Daun mewakili golongan rakyat jelata. Dalam perjanjian tersebut, kedua-dua pihak bersetuju mematuhi peranan masing-masing sebagaimana yang termaktub dalam waadtersebut. Di pihak raja, golongan tersebut bersetuju dengan ketetapan bahawa mereka:

1 tidak akan menghalau rakyat dari istana; dan

2 tidak akan menista/mengaibkan/memalukan rakyat. Jika wajar dibunuh, maka rakyat tersebut hendaklah dibunuh sahaja.

Di pihak rakyat pula, golongan ini bersetuju bahawa mereka:

1 tidak akan menderhakai raja walau sejahat/sezalim mana sekalipun raja itu; dan

2 tidak akan menitikkan darah (membunuh/mencederakan) raja.

Seri Teri Buana dan Demang Lebar Daun kemudiannya bersumpah akan mematuhi semua ketetapan dalam perjanjian tersebut. Marta-mana pihak yang melanggar sumpah tersebut akan menerima balasan yang berikut:

1 rakyat yang derhaka akan menerima balasan buruk, termasuk kemusnahan segala isi rumahnya; manakala

2 raja yang zalim akan hilang kuasa dan takhta kerajaannya.

SATU PENILAIAN KRITIS

Waad merupakan suatu bentuk perjanjian yang menjadi lambang atau simbol hubungan raja dengan rakyat dalam memelihara keharmonian hidup bermasyarakat dan bernegara. Raja dan rakyat harus memahami tugas masing-masing dan bertindak berdasarkan peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Pihak raja harus memerintah dengan adil dan menjauhi perbuatan-perbuatan yang bersifat zalim terhadap rakyat. Pihak rakyat pula harus setia dan menghormati raja serta jangan sekali-kali menderhaka terhadap raja.

Raja dan rakyat yang berpegang teguh pada waad akan menikmati kehidupan yang aman dan selamat. Raja yang adil akan mewujudkan keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyat jelata. Demikian juga, rakyat yang taat dan setia terhadap raja akan hidup aman dan selamat. Sebaliknya, raja yang melanggar perjanjian yang telah dibuat dalam waad akan menerima balasan yang setimpal, iaitu akan kehilangan kuasa dan takhta kerajaannya. Demikian juga bagi pihak rakyat yang derhaka, mereka akan menerima bala bencana yang setimpal, yakni dirinya dan seluruh isi rumahnya akan ditimpa kebinasaan. 

Pemeteraian waad tersebut telah membentuk suatu kerangka/tulang belakang terhadap keseluruhan penulisan Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Dalam teks, tersebut, banyak peristiwa yang memperlihatkan kepatuhan kedua-dua pihak terhadap ketetapan dalam waad tersebut, termasuk kisah keadilan raja dan kesetiaan rakyat yang membawa kemajuan kepada negeri Melaka. Di samping itu, Sulalatus Salatin Sejarah Melayu turutmenonjolkan beberapa pelanggaran terhadap ketetapan dalam waad tersebut yang membawa kebinasaan kepada raja dan rakyat. Yang berikut adalah antara beberapa banyak contoh kepatuhan dan pelanggaran terhadap waad tersebut.

KEPATUHAN DAN PELANGGARAN WAAD

KEPATUHAN TERHADAP WAAD

Keadilan Sultan Mansur Syah

Sultan Mansur Syah seorang sultan yang adil dan bijaksana. pada masa pemerintahannya, negeri Melaka memperlihatkan kemajuan yang liar biasa sehingga dapat memperluas kuasa ke beberapa banyak negeri di Alam Melayu seperti Mengkasar dan Majapahit. Sultan Mansur Syah juga berjaya membuat hubungan dagang dan diplomatik dengan beberapa buah negara di luar Alam Melayu seperti Siam dan China. Hal ini menjadikan Melaka sebuah empayar yang digeruni dan dicemburui oleh beberapa kuasa lain dan menjadi tumpuan para pedagang dari seantero dunia, termasuk dari Arab dan India. Keadaan ini membolehkan rakyat hidup sejahtera dan Melaka menjadi bertambah makmur.

Keadilan Sultan Alau'd-Din Riayat Syah

Baginda seorang sultan yang adil dan sangat mengambil berat akan kehidupan rakyat. Dalam beberapa hal, baginda mencontohi corak pemerintahan Islam dan corak pemerintahan Khalifah Ar­Rasyidin. Sebagai contoh, baginda telah mengguna pakai undang­-undang yang bercorak Islam/hudud dengan mengenakan hukuman potong tangan kepada individu atau kumpulan yang tidak mengembalikan harta yang ditemukan mereka. Selain itu, baginda sendiri telah "turun padang" untuk membanteras kejadian kecurian di Melaka. Amalan ini sama dengan amalan yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab yang sering "turun padang" untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Kesungguhan Sultan Alau'd-Din itu berjaya mewujudkan keamanan di negeri Melaka.

Kesetiaan Bendahara Paduka Raja

Bendahara Paduka Raja (Tun Perak) merupakan bendahara yang paling berjaya dalam pemerintahan beraja di Melaka. Beliau telah menjadi bendahara kepada empat orang pemerintah Melaka, iaitu Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansur Syah, Sultan Alau'd-Din Riayat Syah, dan Sultan Mahmud Syah. Kesetiaan beliau terhadap kesemua raja tersebut tidak berbelah bahagi. Beliau senantiasa memperlihatkan ketaatan, kebijaksanaan, dan kesabaran dalammendepani beberapa krisis yang berlaku di Melaka. Kesetiaan beliau yang paling ketara terlihat menerusi peristiwa pembunuhan Tun Besar, anaknya, oleh Raja Muhammad yang bakal menjadi pemerintah Melaka. Dalam peristiwa itu, para pengikutnya telah bangun untuk membalas perbuatan Raja Muhammad itu tetapi atas kesedaran bahawa "istiadat hamba Melayu tiada pernah derhaka", Tun Perak telah menghalang niat para pengikutnya itu.

PELANGGARAN WAAD

Kezaliman Paduka Seri Maharaja

Tuan Jana Khatib seorang alim yang berasal dari Pasai. Pada suatu hari, beliau telah menilik sebatang pohon pinang gading hingga belah dua dengan menggunakan ilmu khayalillah yang dimilikinya di hadapan permaisuri Singapura. Perbuatan tersebut menimbulkan kemurkaan Paduka Seri Maharaja, pemerintah Singapura, kerana menyangka Tuan Jana Khatib ingin "menggoda" isterinya. Sehubungan itu, baginda telah memerintahkan supayaTuan Jana Khatib dihukum bunuh. Sebagai akibat kezaliman baginda, Singapura telah diserang ikan todak. Banyak rakyat jelata yang mati Sebagai akibat serangan itu. Peristiwa itu menggambarkan bahawa raja tidak boleh menzalimi rakyat dan menjatuhkan hukuman hanya berdasarkan perasaan semata-mata.  Perbuatan tersebut memungkinkan pihak pemerintah ditimpa bencana.

Kezaliman Raja Iskandar Syah

Raja Iskandar Syah merupakan pemerintah Singapura selepas kemangkatan Paduka Seri Maharaja. Baginda mempunyai seorang bendahari yang bernama Sang Rajuna Tapa. Anak Sang Rajuna Tapa merupakan salah seorang daripada gundiknya dan baginda sangat kasih akan gundiknya itu. Walau bagaimanapun, sebagai akibat suatu fitnah, gundik itu telah dijatuhi suatu bentuk hukuman yang mengaibkan, iaitu disula di hujung pasar. Sang Rajuna Tapa, bapa gundik itu, berasa amat malu lalu beliau berpakat dengan Majapahit dengan bertindak mengutus Surat kepada betara Majapahit dan menyatakan kesediaannya untukmembantu Majapahit mengalahkan Singapura. Beliaulah yang membuka pintu kota semasa Majapahit menyerang Singapura. Sebagai akibatnya, Singapura jatuh ke tangan Majapahit dan Raja Iskandar sendiri terpaksa melarikan diri dari Singapura.

Perbuatan Raja Iskandar ini jelas melanggar ketetapan dalam waad tersebut yang meminta supaya "segala hamba Melayu jikalau ada dosanya ke bawah duli, patik pohonkan jangan difadihatkan, dinista yang keji-keji, jikalau patut pada hukum syarak bunuh, tuanku; jangan duli tuanku aibi". Keterlanjuran itu telah menyebabkan rakyat hilang pertimbangan dan mengkhianati raja, sebagaimana yang dilakukan oleh Sang Rajuna Tapa. Raja perlu,sedar bahawa pengkhianatan rakyat dapat menyebabkan raja hilang kuasa dan takhta.

Kezaliman Sultan Mahmud Syah I

Sultan Mahmud Syah merupakan sultan yang bemafsu tinggi terhadap wanita serta banyak membunuh orang yang dimusuhi atau dibencinya walaupun atas alasan yang kecil dan tidak munasabah. Ketakrasionalan baginda ini banyak mencetuskan konflik dan krisis, sama ada kepada individu atau keluarga yang terlibat mahupun kepada Melaka dan negeri yang dinaunginya. Rentetan keserakahan nafsu baginda terhadap wanita bermula dengan tindakan baginda "bermain dengan isteri Tun Biajid" sehingga menyebabkan Tun Biajid, anak Laksamana Hang Tuah, merajuk dan tidak menghormati baginda lagi. Baginda jugamembuat hubungan sulit dengan Tun Dewi dan apabila mendapati perempuan itu menjalin hubungan dengan Tun Ali Sandang, baginda telah membunuh lelaki itu. Keserakahan nafsu baginda tidak berhenti di situ sahaja. Baginda seterusnya telah merampas "Tun Teja daripada tunangannya, Sultan Abdul Jamal hingga menyebabkan sultan itu membawa diri ke hulu Pahang. Yang lebih menyayat hati, badinda tergamak membunuh Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang juga bapa saudaranya hanya semata-mata mahu memiliki Tun Fatimah, anak bendahara itu, yang telah pun bernikah dengan Tun Ali.

Sepertimana yang dijelaskan, Sultan Mahmud yang pendendam dan pendengki banyak membunuh hamba rakyat dan pembesar negeri. Baginda telah membunuh Tun Ali Sandang yang menjalin hubungan dengan Tun Dewi, perempuan yang disukainya. Kemudian, baginda membunuh pula Seri Bija Diraja yang didendaminya dengan menjadikan ketakhadiran pembesar itu pada hari raya sebagai alasan bagi mewajarkan pembunuhan itu. Selanjutnya, Raja Zainal (saudaranya sendiri) yang digilai oleh gadis dan wanita Melaka pula dibunuh oleh baginda. Malah, baginda telah membunuh Tun Mutahir empat sekeluarga (Tun Tahir, Tun Hassan Temenggung, dan Tun Ali) untuk melunaskan dendamnya terhadap bendaharanya itu. Akhir sekali, baginda telah membunuh Sultan Ahmad, putera baginda sendiri (yang sebelum itu enggan diambil darahnya sebagai hantaran peminangan Puteri Gunung Ledang), hanya kerana puteranya itu tidak memperlihatkan rasa hormat terhadap pembesar negara.

Kedua-dua bentuk kezaliman yang merupakan pelanggaran terhadap waad yang dipersetujui itu telah mendatangkan musibah kepada Melaka dan kepada diri Sultan Mahmud sendiri, sebagaimana yang ditegaskan oleh Demang Lebar Daun: 'jikalau raja Melayu itu mengubahkan perjanjian dengan hamba Melayu, dibinasakan Allah negerinya dan takhta kerajaannya." Dalam hal ini, pembunuhan Bendahara Seri Maharaja Tun Mutahir yang dikagumi oleh kapitan Peringgi sepertimana katanya, "jikalau lagi ada Bendahara Seri Maharaja, berapa pun besarnya angkatan Goa mau menyerang, Melaka tiada akan alah", telah melemahkanMelaka hingga akhimya berjaya ditawan oleh tentera Peringgi. Baginda sendiri terpaksa melarikan diri ke sana ke mari kerana dihambat oleh tentera Peringgi. Justeru, pihak pemerintah/rajatidak harus menganiaya rakyatnya.

Pembelotan/Pengkhianatan Sang Rajuna Tapa

Sang Rajuna Tapa ialah bendahari Raja Iskandar Syah. Anak Sang Rajuna Tapa pula merupakan gundik kesayangan Raja Iskandar Syah. Walau bagaimanapun, gundik itu telah menjadi mangsa fitnah dan telah dihukum bunuh oleh Raja Iskandar Syah dengan cara yang memalukan (disula di khalayak ramai). Peristiwa itu mengguris perasaan Sang Rajuna Tapa lalu beliau mengkhianati raja Singapura itu dengan menawarkan bantuan kepada Majapahit untuk menyerang Singapura. Bantuan beliau telah membolehkan Majapahit menawan Singapura dan Raja Iskandar Syah terpaksa melarikan diri. Walau bagaimanapun, tindakan Sang Rajuna Tapa yang jelas melanggar waad tersebut telah mendatangkan musibah kepada dirinya. Beliau suami isteri telah menjadi batu dan hal ini bertepatan dengan sebahagian daripada ketetapan yang terdapat dalam waad tersebut iaitu “Barang siapa hamba Melayu derhaka mengubahkan perjanjiannya, dibalikkan Allah bumbungan rumahnya ke bawah kaki ke atas.”

 

 

"JIKA ORANG MELAYU TAHU JATIDIRINYA MAKA MEREKA BOLEH MENAKLUK DUNIA"

   
© Kelab Merdeka Muda Malaysia (KeMUDA)