JOM SOKONG DAN BELI PRODUK USAHAWAN ISLAM   

BELI DAN IKLANKAN PRODUK ANDA DI SINI ! MURAH DAN MUDAH

__________________________________________________________________________________________________

 

 

 

Jom ramai-ramai ke Jualan Amal kami. Pelbagai aktiviti disediakan sambil membeli dan beramal. Sebahagian daripada pembelian anda akan disumbangkan ke dalam Tabung Amal Rohingya. Kepada sesiapa yang ingin menyumbang sahaja. No akaun KeMUDA tertera di atas. 

Semoga Allah memberkati usaha kita semua demi membantu saudara-saudara Islam kita di sana. Terima kasih kepada semua yang menyumbang, hanya Allah yang boleh membalas jasa kalian...

_____________________________________________________________________________________________________________

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam perpaduan kepada semua. KeMUDA sedang distruktur semula bagi keselesaan semua ahli di seluruh tanahair.

Program-program jatidiri dan keusahawanan akan disusun semula. Matlamat kami untuk  melahirkan usahawan yang berjaya dikalangan ahli KeMUDA. Walaupun pelbagai dugaan yang telah dilalui sebelum ini.

Program BUMI (Bengkel Usahawan Melayu Inovatif) masih berlangsung dan juga PLUM (Program Lahir Usahawan Melayu). Tetapi kali ini kami menfokusan kepada golongan pelajar kolej dan universiti. Mewujudkan dan membentuk bakal usahawan dan usahawan yang boleh berjaya keperingkat yang lebih tinggi.

Sehubungan dengan itu, KeMUDA dengan kerjasama KOMUDA, Kemuda Consortium Sdn. Bhd dan juga Fagor Home Appliances (M) Sdn. Bhd. telah merancang mewujudkan usahawan-usahawan barangan rumah dan dapur seperti kedai-kedai elektrik yang lain. 

Fagor merupakan produk daripada Spain yang telah bertapak selama 17 tahun di Malaysia. Kualiti dan spesifikasi produk Fagor menepati piawaian antarabangsa. Oleh itu KeMUDA telah bersama Fagor untuk merekrut usahawan "Outlet" Fagor di seluruh tanahair. Sekurang-kurangnya 3 outlet di setiap negeri.

Taklimat peluang perniagaan ini diadakan setiap hari Rabu jam 8malam di pejabat KeMUDA. Selain itu juga, kami ada mengadakan sesi taklimat di tempat dan negeri-negeri lain. Sekiranya ada organisasi yang berminat, bolehlah hubungi kami melalui email.

Program ini mendapat kerjasama dengan beberapa agensi pembiayaan. Sekiranya pemohon berminat, proses permohonan akan dibantu oleh pihak kami.

Oleh itu, janganlah lepaskan peluang ini. Tidak banyak orang Melayu khususnya yang mempunyai kedai elektrik seperti Seng Heng atau seumpamanya.

 

HUBUNGI KAMI SEKARANG!!!

 

KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT PROGRAM

 

 

 

   
© Kelab Merdeka Muda Malaysia (KeMUDA)